Tuesday, 2 July 2013
Sabah Tea Garden, Ranau
Sabah Tea Garden terletak di KM17, Jalan Ranau-Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau, Sabah. Perjalanan sekiranya memandu secara berhemah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Sabah Tea Garden dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum.
Masuk adalah percuma tetapi untuk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (dengan makan tengah hari). Teh yang ditanam di sini menggunakan bahan-bahan organik yang tidak tercemar kepada alam sekitar. Jadi, teh yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment