Monday, 1 July 2013

Kolam Air Panas Poring


Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.
Kolam Air Panas Poring ini sering dikunjungi tidak kira penduduk dari dalam negeri mahupun dari luar negeri. kawasan ini sangat dikenali ramai dan mempunyai persekitaran yang cantik.
Sekiranya kita jalan di sekeliling kawasan itu, kita juga akan menjumpai air terjun :)

kolam air panas

air terjun :)
jambatan gantung..

1 comment:

  1. sudah lama saya tidak ke Poring...wow mandi air panas dan seronoknya mandi kolam.

    ReplyDelete