
Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.



Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.
Pulau Sipadan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya.

Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat
perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Di
sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk
penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point,
Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens, Drop Off (terletak berhampiran
jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman
Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point,
Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral
Gardens.
No comments:
Post a Comment