Tuesday, 2 July 2013

Mata King Island, Semporna











With its sparkling white sand, mesmerizing blue waters and top-class resort, Mataking Island is the ideal getaway for both the avid diver and non-diver. Divers can gear up and explore the Eel Garden, Coral Garden, Nudibranch Garden, Turtle Playground, Lobsters Lair and Hump Head Point.
Non-diving activities include a luxurious pampering experience at Jamu Spa, batik painting, kayaking, canoeing and jungle-trekking to name a few. A must-do during your time in Mataking is to take a leisurely walk to Pulau Mataking Kecil (literally meaning Small Mataking island) which is a 20-minute walk from the main island. The best time to take this walk is in the morning when the tides are low, allowing you to walk on a sandy stretch that leads directly to the smaller island. With the sea surrounding you on both sides, you will feel almost as if you are walking on water!
When you arrive back on the main island, climb up the wooden observation tower to get a breathtaking view of Mataking and its surrounding areas. Catch a glimpse of Mataking's famous ‘Underwater Post Office', the first of its kind in Malaysia. In March 2006, the resort decided to sink Mataking 1, an old 40-foot wooden cargo ship to create an artificial reef and also to serve as a unique underwater mailbox. Divers seal their mail in a waterproof vacuum bag and post it underwater. Picturesque, equipped with excellent facilities and complemented with friendly service at all times, your stay at Mataking will never be long enough.

PULAU SIPADAN...


Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.





Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.


Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.





Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.



Pulau Sipadan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya.



Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.



Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens, Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.

Pulau Manukan






Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman selepas Pulau Gaya. Ia menyediakan kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis, restoran dan chalet. Pulau ini menawarkan satu pemandangan batu karang yang indah dan sangat popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong yang begitu menggemari aktiviti menyelam.


Sepilok, Sandakan




 

Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik anak-anak Orang Utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan.

Sabah Tea Garden, Ranau






Sabah Tea Garden terletak di KM17, Jalan Ranau-Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau, Sabah. Perjalanan sekiranya memandu secara berhemah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Sabah Tea Garden dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum.

Masuk adalah percuma tetapi untuk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (dengan makan tengah hari). Teh yang ditanam di sini menggunakan bahan-bahan organik yang tidak tercemar kepada alam sekitar. Jadi, teh yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya.

Monday, 1 July 2013

Rumah Terbalik, Tamparuli.


Rumah Terbalik di Tamparuli, Sabah.

PERCAYALAH bahawa di Sabah terdapat Rumah Terbalik. 

Rumah terbalik ini terletak di Tamparuli, Sabah. 
Pastinya sukar untuk mempercayai bahawa akan ada rumah terbalik di Sabah. 
Untuk ke destinasi dari bandar Kota Kinabalu, memerlukan sekurang-kurangnya 45 minit.

Dalam rumah terbalik ini, segala-galanya terbalik. :)
Datanglah ke rumah terbalik ini untuk melihatnya depan mata. 
Bayaran masuk ke rumah terbalik adalah Rm 5 bagi kanak-kanak dan Rm 10 bagi orang dewasa.

Lihat Gambar :)

kereta terbalik.
      
gambar rumah terbalik pada waktu malam :)

Kolam Air Panas Poring


Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu, Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.
Kolam Air Panas Poring ini sering dikunjungi tidak kira penduduk dari dalam negeri mahupun dari luar negeri. kawasan ini sangat dikenali ramai dan mempunyai persekitaran yang cantik.
Sekiranya kita jalan di sekeliling kawasan itu, kita juga akan menjumpai air terjun :)

kolam air panas

air terjun :)
jambatan gantung..

Gayana Eco Resort


gambar keseluruhan Gayana Eco Resort

Gayana Eco Resort terletak di luar pantai Borneo.
Resort ini memelihara dan memulihara ekologi marin yang amat berharga di negeri ini .

Dari hutan ke pantai, Gayana Eco Resort merupakan sebuah hotel mewah yang terletak di sepanjang Laut China Selatan dan merupakan sebuah eko-pelancongan yang terbaik. Gayana Eco Resort mempunyai persekitaran semula jadi yang subur, mempunyai tempat penginapan yang mewah dan juga menawarkan spa untuk orang ramai yang menginginkan suasana rehat yang baik.

Lihat gambar-gambar resort ini :)

sepanjang perjalanan memasuki resort



restaurant di Gayana Eco Resort


bilik di dalam resort


Datanglah Berkunjung ke Gayana Eco Resort ni :)

Simpang Mengayau, Sabah.



            Tg Simpang Mengayau merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Sabah. Ia terletak di Daerah Kudat. Simpang Mengayau merupakan sebuah jaringan bukit tinggi yang memanjang menghadap ke Laut Sulu. 
            Orang ramai yang pergi ke Simpang Mengayau dapat melihat panorama yang indah ketika matahari mulai naik dan tenggelam.
            Untuk sampai ke Simpang Mengayau, memerlukan 3-4jam untuk tiba ke destinasi. tempat ini mempunyai tempat parking kereta yang luas, mempunyai kedai menjual kraftangan dan kedai makan.


Gambar Simpang Mengayau

sunset

Negeri Di Bawah Bayu

Negeri Di Bawah Bayu, Sabah 

Sabah mempunyai banyak tempat yang menarik seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

Antaranya ialah Simpang Mengayau (The Tip Of Borneo), Kinabalu National Park, Kolam Air Panas di Ranau, Pulau Sipadan, Gayana Eco Resort dan banyak lagi...